
Beliau berkata, RM39.59 juta daripada jumlah itu diagihkan kepada 16,080 peserta Rancangan Tanaman Baharu Berkelompok (RTBB) dan RM72.7 juta lagi diagihkan kepada 17,443 peserta Tanam Semula Komersial (TSK).
“Bayaran dividen ini meningkat sebanyak 5.17% daripada RM106.8 juta pada tahun lepas kepada RM112.3 juta pada tahun ini yang pasti menggembirakan peserta RTBB dan TSK di bawah Risda,” kata beliau.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata demikian semasa berucap pada majlis Penyampaian Dividen Risda Peringkat Nasional di Dewan Majlis Perbandaran Temerloh, Simpang Peragap, Kampung Ketam, Kerdau hari ini.
Turut hadir, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.