Suruhanjaya Integriti siasat kematian dalam lokap polis

Suruhanjaya Integriti siasat kematian dalam lokap polis

Pengerusi EAIC berkata suruhanjaya dalam proses melengkapkan siasatan.

Free Malaysia Today
Gambar AFP
KUALA LUMPUR:
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) sedang menjalankan siasatan secara berasingan berhubung kes seorang tahanan ditemukan dalam keadaan tergantung di lokap Balai Polis Selama, Perak pada 17 Mac lepas.

Pengerusi EAIC, Datuk A Aziz A Rahim berkata, suruhanjaya itu telah mengambil keterangan yang sewajarnya serta dalam proses melengkapkan kertas siasatan dan dapatan kes akan diumumkan apabilaselesai.

“Sekiranya terdapat syor berkaitan, ia akan dipanjangkan kepada pihak berkuasa tatatertib Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) polis untuk penambahbaikan selanjutnya,” katanya.

Aziz menegaskan setiap siasatan yang dijalankan EAIC adalah bebas, telus dan profesional berdasarkan kuasa penyiasatan yang diperuntukkan menerusi Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009.

Dalam kejadian 9.30 pagi itu, mangsa berusia 39 tahun yang juga orang kena tahan (OKT) mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 3(1) Langkah-langkah Pencegahan Khas 1985 ditemukan meninggal dunia oleh 2 anggota polis bertugas dalam keadaan tergantung di dalam lokap.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.