
Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd Aziz ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.
Bekas timbalan ketua setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohamedsha Mislam di Facebook berkata Mazlan menghembuskan nafas terakhir pada 7.30 malam.
Beliau berkata jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam, Bukit Kiara, pagi ini.
Mazlan, yang dilahirkan di Perlis, dilantik datuk bandar Kuala Lumpur ke-4 pada 17 November 1992 sehingga 12 Disember 1995. Beliau dilantik sebagai ketua pengarah JPA pada 13 Disember 1995 dan memegang jawatan itu sehingga bersara pada 15 Disember 1998.