
Ketua polis negara berkata, siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman kerana pihaknya sudah menerima laporan polis berhubung bantahan semalam.
“Kita kena lihat siapa terlibat dan peserta, siapa yang mengetuai himpunan itu.
“…kita akan ambil tindakan wajar, termasuk ambil kenyataan kalau diperlukan.
“Kalau kita ambil kenyataan bukan-bukan, kita dituduh macam-macam. Jadi kena pastikan dulu,” katanya selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Persatuan Kebajikan Isteri Polis (Perkep) bersama istei timbalan perdana menteri, Datin Seri Hamidah Khamis di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Semalam, kira-kira 200 orang menyertai protes Bersih 2.0 dengan berkumpul di Tugu Negara sebelum berarak ke Parlimen.
Mereka terpaksa berhenti apabila disekat polis kira-kira 200m di luar bangunan Parlimen. Ada beberapa peserta dilihat bergelut dengan polis untuk cuba melepasi sekatan itu.

