
Bagaimanapun, Pengerusi PAGE, Datin Noor Azimah Rahim mencadangkan waktu rehat dilanjutkan memandangkan bayaran menggunakan kad debit memakan masa yang lebih.
“Itulah kelemahan menggunakan sistem bayaran tanpa tunai kerana anda harus masukkan nombor PIN dan ia mungkin memakan sedikit masa untuk bayaran selesai.
“Jadi ia memerlukan masa lebih panjang, yang bermaksud, waktu rehat harus dilanjutkan.
“Purata waktu rehat (30 minit) agak singkat untuk semua itu,” katanya kepada FMT.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid baru-baru ini mengumumkan kantin di sekolah mungkin menggunakan sistem bayaran tanpa tunai tidak lama lagi jika projek perintis menggunakan kad debit berjaya.
Menurutnya, sistem itu sedang diuji di beberapa sekolah berasrama.
“Kami cadangakan ia diuji di koperasi sekolah dahulu,” katanya.
Azimah berkata, sistem itu baik kerana ibu bapa dapat mengawal perbelanjaan anak-anak mereka.
Ia juga akan mencegah daripada anak-anak daripada hilang wang saku mereka, katanya.
“Ia satu perkara baik kerana banyak negara sudah melaksanakannya dan menunjukkan kita juga maju ke hadapan.
“Tetapi kita terfikir pihak mana yang akan membiayai sistem itu kerana pastinya terdapat kos dalam memulakan pelaksanaan itu.
“Kami berharap kementerian akan menyerap kos dan tidak menyerahkannya kepada pelajar.”