Laman dakwa laporan persempadanan SPR bocor

Laman dakwa laporan persempadanan SPR bocor

Laporan persempadanan semula kawasan pilihan raya Suruhanjaya Pilihan Raya dikenakan embargo sehingga 28 Mac.

PETALING JAYA: Sebuah laman “The Other” memuatnaik capaian ke dokumen yang didakwa laporan kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Laman itu memuatnaik capaian yang kononnya mengandungi 3 jilid laporan itu yang dikenakan embargo sehingga 28 Mac.

Selepas pada awalnya tidak membenarkan wakil rakyat membawa pulang salinan laporan yang diletakkan di meja masing-masing hari ini, Pandikar membenarkan mereka berbuat demikian dengan syarat mereka mematuhi embargo itu.

Laporan kajian akan dibentangkan pada Rabu dan Dewan Rakyat dijangka meluluskan cadangan kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya itu minggu depan sebelum Parlimen dibubarkan untuk pilihan raya umum ke-14.

Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata jika Dewan Rakyat meluluskan cadangan itu, usul persempadanan semula akan diberi kepada Agong untuk diluluskan.

Beliau berkata usul itu sepatutnya diluluskan 2 tahun lalu tetapi tertangguh selepas parti pembangkang membantah dan membawa perkara itu ke mahkamah.

Pengkritik Barisan Nasional (BN) berkata persempadanan itu akan memberi kelebihan kepada BN.

DAP minggu lepas memberi amaran kepada Pandikar untuk tidak membentangkan laporan persempadanan itu kerana kerajaan Pulau Pinang memfailkan rayuan terhadap perubahan sempadan kawasan pilihan raya di Mahkamah Persekutuan.

SPR menyerahkan laporan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 9 Mac tanpa menyelesaikan pendengaran bantahan terhadap perubahan-perubahan itu di inkuiri tempatan.

Boleh rasa dan pegang saja, Pandikar larang laporan persempadanan dibawa keluar Parlimen

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.