Ejen hartanah menyamar pegawai istana Selangor ditahan polis

Ejen hartanah menyamar pegawai istana Selangor ditahan polis

Lelaki berumur 64 tahun itu menyamar sebagai setiausaha Dewan Diraja Selangor yang menawarkan anugerah "Datuk" daripada Istana Selangor.

handcuff
SHAH ALAM:
Polis menahan seorang ejen hartanah bebas yang didakwa menyamar sebagai pegawai Istana Selangor serta mengeluarkan surat tawaran penganugerahan darjah dan bintang kebesaran negeri Selangor, semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata, lelaki berumur 64 tahun itu ditahan di sekitar bandar raya ini, kira-kira 2.15 petang.

“Susulan penahanan itu, suspek kini direman 3 hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tangkapan itu dibuat susulan laporan polis yang dibuat Dewan Diraja Selangor pada Isnin lepas berhubung sepucuk surat tawaran penganugerahan darjah dan bintang kebesaran negeri Selangor yang membawa gelaran “Datuk” kepada individu bernama Goh Boon Leong.

Siasatan polis mendapati suspek menyamar sebagai setiausaha Dewan Diraja Selangor yang menawarkan anugerah “Datuk” kononnya daripada Istana Selangor dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan iaitu tipu dengan jalan penyamaran.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.