Azeez dakwa pembangkang hipokrit perjuang isu data peribadi

Azeez dakwa pembangkang hipokrit perjuang isu data peribadi

Azeez berkata pembangkang sendiri membocorkan maklumat dan memangsakan beliau.

Abdul-Azeez-Abdul-Rahim_fmt
KUALA LUMPUR:
Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menuduh pembangkang membocorkan maklumat sehingga menimbulkan fitnah terhadapnya berhubung isu pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang.

Azeez berkata tindakan itu bercanggah dengan pembangkang yang mempersoalkan isu pembocoran data peribadi.

“Pagi-pagi lagi tanya soalan kepada menteri, beria-ia tentang pembocoran maklumat. Padahal saya sendiri menjadi mangsa daripada kebocoran dan difitnah oleh YB Bagan (Lim Guan Eng). Merekalah yang bawa, mereka memperjuangkan, cakap tak serupa bikin,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau dipercayai merujuk kenyataan Lim mengaitkan beliau menerima RM3 juta daripada Consortium Zenith Construction Sdn Bhd.

Pada 6 Mac, Azeez memberikan tempoh 4 hari kepada Lim untuk memohon maaf kerana didakwa mengeluarkan kenyataan memfitnah mengenai projek terowong dasar laut.

Lim meminta Consortium Zenith menjelaskan dakwaan RM22 juta dibayar kepada seorang ahli perniagaan dan seorang wakil rakyat berhubung projek 3 jalan raya dan terowong dasar laut yang dijalankan syarikat itu.

Lim berkata beliau tidak sedar dakwaan Zenith membayar RM19 juta pada seorang ahli perniagaan dan RM3 juta pada Azeez untuk menjalankan “khidmat rundingan”, dan mempersoalkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana tidak menangkap Azeez.

Azeez hari ini mencelah sesi jawapan lisan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari, yang menjawab pertayaan Teo Nie Ching (DAP- Kulai).

Teo meminta pihak kerajaan memaklumkan jumlah tindakan yang diambil dalam kebocoran data peribadi melibatkan 46.2 juta pelanggan nombor telefon mudah alih di negara ini.

Jailani berkata sehingga awal tahun ini ,8 pendakwaan dibuat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap pihak yang terlibat dengan kebocoran data peribadi.

Kebocoran data peribadi 46.2 juta pelanggan nombor telefon mudah alih dilaporkan pada 18 Oktober lepas.

Jailani berkata kebocoran data peribadi disebabkan sikap cuai pemilik akaun itu sendiri yang terlalu ghairah untuk berkongsi maklumat tanpa memikir kesan janga panjang.

“Masalah kita sebagai masyarakat, kita gemar berkongsi maklumat, kadang kala kita tangkap gambar dan kita upload. Ini masalah kita. Nasihat kita kepada pengguna, kalau boleh jangan mudah berkongsi data dan kita hanya boleh berkongsi bila kita rasakan patut kita kongsi,”katanya.

Azeez beri tempoh 4 hari pada Guan Eng untuk mohon maaf

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.