77% bekalan air pulih di KL, Selangor

77% bekalan air pulih di KL, Selangor

Setakat 6 petang tadi, bekalan air pulih 100% di Hulu Langat, disusuli Kuala Langat (98%), Klang (86.1%), Gombak (78.2%), Petaling (57.5%) dan Kuala Lumpur (52.5%).

water
Gambar AFP
KUALA LUMPUR:
Pemulihan bekalan air di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor disasarkan melebihi 90% menjelang tengah malam ini atau awal pagi esok.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) berkata, setakat 6 petang tadi, tahap pemulihan 77% dicatatkan bagi keseluruhan akaun pengguna di kawasan terjejas, susulan kerja pembaikan paip sistem mampatan udara pecah di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3), Ijok, milik Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash).

Syabas dalam kenyataan hari ini berkata, setakat 6 petang tadi, bekalan air pulih 100% di Hulu Langat, disusuli Kuala Langat (98%), Klang (86.1%), Gombak (78.2%), Petaling (57.5%) dan Kuala Lumpur (52.5%).

Gangguan bekalan air sejak 6 Mac itu dilapor menyulitkan lebih 2 juta pengguna di 427 kawasan terlibat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.