Letupan di ruang udara Sabah esok…

Letupan di ruang udara Sabah esok…

...tetapi Angkatan Tentera Malaysia berkata tidak perlu cemas.

kapal_tudm1
Angkatan tentera akan mengadakan latihan penerbangan sebagai persiapan tinjauan ‘Force Readiness Demonstrations’.  (Gambar Facebook)
KOTA KINABALU:
Orang ramai dinasihatkan agar tidak cemas dan risau sekiranya melihat pesawat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terbang rendah dan mendengar bunyi letupan di beberapa kawasan sekitar ruang udara Sabah bermula esok.

ATM dalam kenyataan hari ini berkata ia adalah sebahagian daripada latihan penerbangan yang diadakan hingga Ahad ini sebagai persiapan tinjauan “Force Readiness Demonstrations”.

“Latihan itu melibatkan Tentera Udara Diraja Malaysia, Tentera Darat dan Tentera Laut Diraja Malaysia dilaksanakan di sekitar lingkungan 15 km dari Lapangan Udara Kota Belud,” kata kenyataan itu.

Tinjauan “Force Readiness Demonstrations” itu akan dilakukan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Ahad ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.