BNM benarkan Merchantrade laksana khidmat elektronik baharu

BNM benarkan Merchantrade laksana khidmat elektronik baharu

Pengendali perniagaan perkhidmatan wang itu berkata, eRemit yang mencatat transaksi sebanyak RM700 juta tahun lalu, dijangka meningkat 2 kali ganda menjelang 2020 susulan pelaksanaan e-KYC

merchantrade_new (1)
PETALING JAYA:
Pengendali perniagaan perkhidmatan wang (MSB), Merchantrade Asia Sdn Bhd mendapat kelulusan Jabatan Pengawasan MSB Bank Negara Malaysia (BNM) untuk melaksanakan perkhidmatan elektronik “Know-Your-Customer” (e-KYC).

Penyedia perkhidmatan tukaran dan kiriman wang berlesen itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, pelaksanaan e-KYC bakal disepadukan dengan portal atas talian dan aplikasi kiriman wang mudah alih, eRemit.

“Dengan e-KYC, pemohon baharu kini ada cara lebih mudah untuk mendaftar bagi pengalaman digital menyeluruh dalam urusan pemindahan wang melalui eRemit,” katanya sambil menambah integrasi itu dijangka beroperasi pada awal suku ke-2 tahun ini.

Perkhidmatan eRemit yang dibangunkan Merchantrade pada 2011, dinobatkan “Pemindahan Kiriman Wang Terbaik” pada Anugerah Florin Asia 2016.

Merchantrade berkata, eRemit yang mencatat transaksi sebanyak RM700 juta tahun lalu, dijangka meningkat 2 kali ganda menjelang 2020.

“Dengan pelaksanaan KYC, nilai transaksi eRemit dijangka meningkat 2 kali ganda menjelang 2020.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.