Anwar dimasukkan ke unit jantung HKL

Anwar dimasukkan ke unit jantung HKL

Pemimpin utama PKR itu sedang menjalani rawatan ke atas bahu kanannya yang menjalani pembedahan tahun lalu.

anwar-1
anwarPETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) di Hospital Kuala Lumpur awal pagi tadi, susulan rawatan steroid yang menyebabkan reaksi negatif.

Menurut Pengarah Komunikasi PKR, Anwar dimasukkan ke unit pakar jantung itu pada 1 pagi, selepas mendapati suntikan steroid di kawasan sekitar bahu kanan beliau.

“Kadar denyutan jantung beliau rendah dan membimbangkan,” kata Fahmi, yang menambah keadaan Anwar kini stabil.

Suntikan steroid itu diberi Sabtu lalu setelah Anwar mengalami kesakitan berpanjangan pada bahu kanan selepas pembedahaan beberapa bulan lalu.

Anwar, 70, menjalani pembedahan ke atas bahu kanannya pada November lalu.

Beliau yang bakal mengakhiri hukuman penjara pada Jun ini mengalami kecederaan kecil di bahagian bahunya pada 22 September tahun lalu, apabila kenderaan Jabatan Penjara yang membawanya pulang ke Penjara Sungai Buloh terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Kemalangan tersebut dikatakan memburukkan kecederaan lama Anwar di bahu kanan, leher dan pinggang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.