
Portal Tempo.co melaporkan Yohana Banunaek sebagai berkata “perantara” pernah mendesak agar Adelina bekerja di Malaysia namun selalu ditolak.
“Namun Adelina punya keinginan kuat bekerja di luar negeri. Perantara itu menjemput Adelina secara diam-diam saat Yohana sedang bekerja di kebun,” katanya.
Menurut Yohana, perantara itu kemudian memberikan Rp200,000 (RM58) sebagai imbalan.
Sebelum ini, Tempo melaporkan Adelina dipercayai memasuki Malaysia secara haram antara pertengahan hingga penghujung 2015. Identitinya dipalsukan dan nama pada pasportnya ditukar kepada Adelina Lisao daripada Adelina Jemira Sau.
Adelina, 21, meninggal dunia akibat kecederaan di Hospital Bukit Mertajam.
Pada 21 Februari lalu, majikannya, Jayavartiny Rajamanickam, 36, didakwa di mahkamah kerana mengambil bekerja pekerja asing yang tidak memiliki permit yang sah, sementara ibu majikan itu, Ambika MA Shan, didakwa kerana membunuh.
Di Indonesia, polis dilaporkan berjaya menahan 2 suspek yang didakwa terlibat dalam penghantaran Adelina ke negara ini.
Penyelaras Kelompok Kerja Menentang Perdagangan Manusia, Gabriel Goa, dilaporkan Tempo sebagai berkata wilayah Nusa Tenggara Timur tempat asalnya Adelina menjadi sasaran utama penyaluran tenaga kerja haram.
Gabriel berkata 3 tempat besar di wilayah itu iaitu Kupang, Tambolaka dan Maumere menjadi tempat “mafia” menjalankan perdagangan manusia.
Agensi Indonesia dakwa tangan Adelina ada kesan gigitan haiwan