SPRM mahu wujudkan indeks rasuah khas negara

SPRM mahu wujudkan indeks rasuah khas negara

Kata ketua pesuruhjaya SPRM, sekiranya cadangan itu diluluskan, ia akan dilaksanakan badan bebas termasuk pakar akademik bagi memastikan ketelusan indeks.

sprm2
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bercadang untuk mewujudkan indeks rasuah khas yang lebih berkesan bagi menganalisis prestasi dan situasi rasuah di negara ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata kertas kerja cadangan tersebut akan dibentangkan dalam mesyuarat Lembaga Penasihat Pencegah Rasuah akan datang sebelum dikemukakan kepada mesyuarat jemaah menteri.

Katanya, sekiranya cadangan itu diluluskan, kajian tersebut akan dilaksanakan badan bebas termasuk pakar akademik bagi memastikan ketelusan indeks berkenaan.

“Sudah sampai masanya kita adakan indeks sendiri yang lebih berkesan. Kita tidak mahu melihat dari sudut persepsi semata-mata tetapi juga dari sudut realiti.

“Beri SPRM sedikit masa, mungkin dalam tempoh 2 hingga 3 bulan sebelum dibawa kepada pihak atasan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat Lembaga Penasihat Pencegah Rasuah hari ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.