
China Press melaporkan seorang lelaki yang bertopi dirakam berdiri di atas sebuah kereta hitam dan memarahi 2 penguatkuasa secara berterusan.

Dua gambar dan satu rakaman video selama 42 saat mengenai kejadian yang berlaku di depan Bank RHB Jalan Pasar itu, dimuat naik ke Facebook Warga Wilayah.
Klip video dan gambar itu jelas menunjukkan terdapat papan tanda dilarang meletak kenderaan di kawasan terbabit.
Walaupun dimarahi, penguatkuasa itu bertindak tenang, manakala seorang lagi membuka kunci tayar berkenaan.
“Drama” itu berakhir selepas kunci tayar kereta itu dibuka.
https://www.facebook.com/WargaWilayah/videos/pcb.574395259619784/574395172953126/?type=3&theater