
Tertuduh, Teoh Thiam Lim, 28, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Roslizi Sulaiman.
Mengikut kertas pertuduhan, Teoh didakwa memandu kereta Proton Iswara secara melulu atau dengan kelajuan atau dengan cara berbahaya kepada orang awam di Batu 2, Jalan Kapar, kira-kira 4.30 pagi, 10 Disember lepas.
Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 5 tahun dan denda maksimum RM15,000.
Timbalan Pendakwa Raya Amira Abd Aziz menawarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin.
Teoh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan rendah dan mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM5,500 dengan seorang penjamin.
Mahkamah kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 9 Mac depan.
Dalam insiden itu, seorang parah manakala 2 lagi peserta larian cedera selepas dilanggar kereta dari arah belakang ketika acara marathon mengelilingi bandar berlangsung.
Tiga cedera ialah Evelyn Ang Gek Suan, 44, Amiruddin Hamid, 37, dan Ahmad Hadafi Jus, 42.
Evelyn Ang yang mengalami cedera parah pada bahagian kepala dan rahang, masih koma di Hospital Sungai Buloh manakala Amiruddin dan Ahmad Hadafi masing-masing cedera pada bahagian kepala dan kaki.