Penyokong tokoh Islam Indonesia terpalit skandal seks mahu anjur sambutan kepulangan

Penyokong tokoh Islam Indonesia terpalit skandal seks mahu anjur sambutan kepulangan

Rizieq Shihab yang kini berada di Arab Saudi masih mencari 'petunjuk' menerusi solat istikarah, kata FPI yang mahu mengerah sejuta orang menyambut kepulangannya.

Rizieq-Shihab
Rizieq Shihab dilapor terlibat dalam perbualan dan gambar lucah melalui aplikasi WhatsApp bersama seorang wanita.
PETALING JAYA:
Di sebalik dakwaan memuat naik gambar lucah dan perbualan seks, kumpulan Islam radikal Indonesia Front Pembela Islam (FPI) berkata kepulangan pemimpinnya Rizieq Shihab dari Arab Saudi pada Rabu ini akan disambut sejuta umat Islam.

Jurucakap FPI Eggi Sudjana memberitahu badan berita Indonesia Tempo, 26 pertubuhan masyarakat akan dimobilisasi termasuk di Jawa Barat dan Makassar untuk hadir pada sambutan itu.

“Ketika ini Rizieq sedang melakukan solat istikharah untuk mendapat petunjuk sama ada dia akan pulang pada Selasa ini dan pengesahan kepulangannya akan diumumkan hari ini,” kata Eggy.

Kepulangan Rizieq berdasarkan pendedahan gambar tiket penerbangannya dari Arab Saudi.

Ia memaparkan tiket atas nama Mohammad Rizieq Shihab yang dijadualkan berlepas dari Jeddah, pada 20 Februari 2018.

Pada Mei tahun lalu, Rizieq yang menganjurkan protes besar-besaran membantah bekas gabenor Jakarta Basuki Tjahaja Purnama atas alasan beliau menghina Islam, dilapor terlibat dalam perbualan dan gambar lucah melalui aplikasi WhatsApp bersama seorang wanita bernama Firza Husein.

Gambar dan paparan skrin perbualan mereka tersebar di media sosial tahun lalu.

Firza sudah disoal siasat pihak polis Indonesia selama beberapa jam, tetapi Rizieq melarikan diri ke Arab Saudi selepas berada di Malaysia untuk seketika.

Pihak berkuasa Indonesia juga mengeluarkan notis merah kepada Interpol bagi mendapatkan bantuan polis antarabangsa itu mengesan Rizieq.

Dua tokoh elak tangkapan, beramah mesra di Arab Saudi

Pemimpin FPI Indonesia dalam skandal perbualan seks WhatsApp

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.