
Pendaftar Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Nor Hapipah Abdullah memberi lanjutan selama 7 hari ke atas warga emas itu yang berakhir 26 Februari ini.
Wanita itu ditahan pada 12 Februari lalu berhubung kematian Adelina Jerima Sau, 21, dan sebelum itu dia ditahan selama 7 hari.
Dua anaknya berusia 36 dan 39 tahun, turut ditahan pada 10 Februari lalu. Mereka kini direman sehingga 21 Februari bagi membantu siasatan kes itu yang diklasifikasikan sebagai pembunuhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Adelina yang didakwa didera majikannya, mati akibat kecederaan di Hospital Bukit Mertajam pada 11 Februari lalu.
Pembantu rumah berusia 26 tahun itu bekerja di sebuah rumah 2 tingkat di Taman Kota Permai, di sini.
Adelina dikesan tidur bersebelahan seekor anjing Rottweiler hampir 2 bulan oleh seorang jiran, serta kecederaan pada tangan dan kakinya.
Jiran itu kemudiannya memaklumkan pejabat Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim pergi ke rumah di mana Adelina didakwa didera.
Pembantu Sim membuat laporan polis atas dakwaan dera, selepas majikan itu enggan memberi kerjasama.
Adelina kemudiannya dibawa ke balai polis oleh majikan, sebelum dimasukkan ke Hospital Bukit Mertajam.
Jenazah Adelina dihantar pulang ke kampung halamannya di Nusa Tenggara Timur.
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/02/12/amah-mati-didera-warga-emas-ditahan-polis/
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/02/11/amah-tidur-dengan-anjing-rottweiler-selama-2-bulan-maut/