Majlis agama Perlis sumbang ‘buggy’ kepada Masjid Al-Aqsa

Majlis agama Perlis sumbang ‘buggy’ kepada Masjid Al-Aqsa

Raja Muda Perlis berkenan menyempurnakan majlis penyerahan 'buggy' olok-olok kepada Imam Masjid Al-Aqsa Sheikh Dr Ekremah Sai'd Sabri malam tadi.

MAIP-raja-muda-perlis2
KANGAR:
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menyumbangkan 2 unit ”buggy” atau kereta bugi untuk kegunaan warga emas dan golongan orang kelainan upaya (OKU) di Masjid Al-Aqsa, Palestin.

MAIPs dalam kenyataannya berkata, Yang Dipertuanya Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyempurnakan majlis penyerahan kereta bugi olok-olok kepada Imam Masjid Al-Aqsa Sheikh Dr Ekremah Sai’d Sabri malam tadi.

Bekas Mufti Palestin itu berada di Perlis bagi menyampaikan pidato sempena program Prihatin Al-Quds 2018 anjuran MAIPs di Masjid Tuanku Syed Putra.

MAIP-raja-muda-perlis

Tuanku Syed Faizuddin turut berkenan menyerahkan sumbangan hasil kutipan Tabung Untuk Aqsa Negeri Perlis bernilai lebih RM102,500 kepada Sheikh Dr Ekremah Sai’d.

Pada program malam tadi, Sheikh Dr Ekremah Sai’d mengimamkan solat isyak, turut disertai Tuanku Raja Muda dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil bersama kira-kira 1,000 jemaah lain.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.