PKR: Jangan boikot EU, patuhi piawai kemampanan

PKR: Jangan boikot EU, patuhi piawai kemampanan

Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen berkata Malaysia perlu mengekalkan perdagangan bebas dan adil.

wong-chen
PETALING JAYA: PKR berkata Malaysia tidak seharusnya melibatkan Kesatuan Eropah (EU) dalam perang perdagangan dengan cadangan memboikot produk EU, susulan cadangan kesatuan itu mengharamkan import minyak sawit Malaysia untuk digunakan dalam biodiesel kerana kebimbangan penebangan hutan.

Ketua Biro Perdagangan dan Pelaburan PKR, Wong Chen berkata pengharaman itu diputuskan dengan piawaian kemampanan yang ditetapkan EU.

Beliau berkata pendekatan Malaysia terhadap kemampanan perlahan dan larangan minyak sawit memang dijangka.

“Ini menyebabkan kempen menentang minyak sawit memenangi hati pengguna di EU. Keputusan parlimen EU hanya mencerminkan sentimen pengguna Eropah.

“Ia tempoh yang sangat panjang dalam membuat keputusannya, jadi kenapa Malaysia sekarang harus membalasnya?”

Wong berkata adalah lebih baik Malaysia menyatakan kesanggupan untuk mencapai kemampanan yang lebih baik.

“Siapa di dunia ini yang menjalankan perniagaan dengan memarahi pengguna mereka?” katanya sambil menambah sebarang pengharaman Malaysia akan menghantar mesej yang salah kepada rakan dagangannya yang lain.

“Malaysia adalah negara eksport bersih, kita perlu mengekalkan perdagangan bebas dan adil.

“Ekonomi Malaysia bergantung kepada nilai import yang tinggi seperti jentera dan teknologi dari EU, jadi perang perdagangan hanya akan merugikan kita.”

Sementara itu, seorang pakar ekonomi berkata apa-apa tindakan memboikot balik produk Eropah hanya akan menjadi simbolik tanpa kesan sebenar.

“Boikot tidak akan bermakna kerana eksport Malaysia ke EU tidak cukup signifikan,” kata Prof Hoo Ke Ping.

Malaysia adalah pengeluar minyak sawit ke-2 terbesar di dunia selepas Indonesia. Ia menghasilkan hampir 90% dari penawaran global.

Cadangan pengharaman penggunaan minyak sawit untuk biodiesel mencetuskan kemarahan Malaysia dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menggesa kerajaan menghentikan pengimportan produk makanan EU seperti susu formula bayi dan produk tenusu.

Bulan lalu, Malaysia berkata akan mengkaji semula pembelian barangan daripada negara anggota EU susulan cadangan blok itu mengharamkan bio bahan api berasaskan minyak sawit.

“Sesebuah negara yang kita import peralatan perdagangannya, jika mereka mengambil keputusan memboikot minyak kelapa sawit, maka kerajaan kita juga akan menghentikan pembelian dari negara berkenaan,” kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

 

Kerajaan beri jaminan boikot produk EU tak jejas rakyat

TPM: Malaysia kaji semula beli barangan EU susulan sekatan sawit

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.