Putrajaya larang tayangan Padmaavat kerana gambarkan pemerintah Islam ‘kejam’

Putrajaya larang tayangan Padmaavat kerana gambarkan pemerintah Islam ‘kejam’

Kementerian Dalam Negeri berkata, filem Bollywood itu memberi tanggapan buruk terhadap Islam.

padmaavat
GEORGE TOWN: Putrajaya mempertahankan keputusannya mengharamkan tayangan filem Bollywood, Padmaavat kerana ia memaparkan seorang pemerintah Islam yang memberi tanggapan buruk terhadap Islam.

Ia susulan keputusan Jawatankuasa Rayuan Filem menolak rayuan difailkan pengedar filem di Malaysia untuk membatalkan pengharaman itu.

Padmaavat yang dibintangi pelakon Bollywood, Deepika Padukone memaparkan kisah cinta seorang permaisuri Hindu dan seorang pemerintah Islam pada zaman pertengahan di India.

Kerajaan berkata, watak Sultan Alauddin Khilji dalam filem itu digambarkan sebagai individu “sombong, kejam dan tidak berperikemanusiaan”.

Kementerian Dalam Negeri berkata, ia tidak baik untuk imej Islam kerana sultan ditunjukkan sebagai mewakili kesultanan Islam.

Sultan Alauddin berasal dari dinasti Khilji yang memerintah India antara 1296 hingga 1316.

Padmaavat pada mulanya dijadual ditayangkan di lebih 90 pawagam di seluruh negara mulai 25 Januari lalu.

Antenna Entertainments dilapor menganggarkan memperoleh RM5 juta dalam box office di Malaysia.

Minggu lalu, Lembaga Penapisan Filem mengumumkan filem itu dilarang ditayang di pawagam tempatan.

Filem itu turut mendapat bantahan daripada kumpulan Hindu di India yang mengkritik pembuat filem itu “memutarbelitkan sejarah” dengan menunjukkan pemerintah Islam, Alauddin Khilji sebagai “kekasih” Padmavati yang berasal daripada puak pahlawan Rajput.

Lembaga Penapisan Filem India bagaimanapun meluluskan tayangan filem itu, selepas meminta tajuknya ditukar kepada Padmaavat berbanding Padmavati bagi menunjukkan filem itu adalah fiksyen.

LPF: Filem Bollywood tentang hubungan cinta Hindu-Islam terlalu sensitif

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.