
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata semua kanak-kanak berstatus demikian dibenarkan mendaftar ke sekolah apabila semua dokumen yang diperlukan Kementerian Pendidikan lengkap.
“Sekali lagi saya menegaskan bahawa imigresen tidak pernah mengeluarkan sebarang pekeliling yang menghalang kanak-kanak tanpa warganegara memasuki persekolahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan mengenai seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun di Seremban yang dihalang bersekolah kerana tidak memiliki pasport yang didakwa polisi baharu imigresen.
Bagaimanapun, Kementerian Pendidikan dilaporkan sudah memberi pas khas kepada kanak-kanak yang dikenali sebagai G Darshana itu untuk menghadiri sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan Taman Rasah Jaya di Seremban, hari ini.