Kanak-kanak lelaki hilang secara misteri di Tawau

Kanak-kanak lelaki hilang secara misteri di Tawau

Muhammad Azizan Rosli kali terakhir dilihat menonton TV bersama abangnya seorang OKU semasa ibunya keluar menghadiri majlis di masjid berdekatan.

boy-missing
TAWAU: Polis sedang mengesan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang dilaporkan hilang sebelum kali terakhir dilihat sedang menonton televisyen di rumahnya.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata, setakat ini pihaknya sedang menyiasat dan mencari Muhammad Azizan Rosli, 9, murid Sekolah Kebangsaan Bandar Sadani 6 selepas satu laporan polis tentang kehilangan mangsa dibuat bapanya Rosli Gani, 57, semalam.

“Berdasarkan maklumat awal kejadian itu disedari ibu mangsa kira-kira 4.30 petang setelah mendapati mangsa tidak berada di rumah dan mencari di kawasan sekitar kampung dan rumah saudara-mara tetapi masih tidak ditemui.

“Sebelum itu, pada 3 petang ibu mangsa keluar rumah, menghadiri majlis bacaan Yasin di Masjid At Taqwa Kampung Sadani dan meninggalkan mangsa bersama abang mangsa yang juga seorang orang kurang upaya (OKU) fizikal,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, katanya pihak Bomba dan Penyelamat Tawau yang dimaklumkan mengenai kejadian tersebut turut melaksanakan operasi mencari dan menyelamat di kawasan sungai berdekatan.

Fadil berkata mengikut siasatan awal, mangsa kali terakhir dilihat memakai baju jersi berwarna biru dan berseluar hitam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.