
Majlis itu diadakan di ibu pejabat CRI di Beijing, China.
Naib Ketua Pengarah Pusat Penyiaran Asia Tenggara CRI, Zhang Wen Wen, berkata kerjasama tahun kedua itu melibatkan penambahbaikan kandungan sedia ada selain mewujudkan segmen baharu untuk kedua-dua program.
Antaranya adalah segmen peribahasa klasik China, ‘Tular Dua Negara’ dan ‘Loghat Kita’.
Beliau berkata program itu dimantapkan lagi oleh 2 petugas CRI yang akan ditempatkan di Bernama Radio selama setahun.
Program “Ni Hao” dan “Selendang Sutera” musim pertama mula disiarkan pada 15 Disember 2016 hingga 24 Disember 2017 manakala siaran musim kedua akan bermula pada Januari ini.
Pada majlis itu, Bernama Radio diketuai oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan Raziyaza Mohammed bersama-sama Penolong Pengurus Khairil Bashar dan peneraju Nurul Shuhadah Armawan serta penerbit program Nurul Firdaus.