
“Hujan sebanyak 100-200mm dijangka membanjiri utara Malaysia dan selatan Thailand pada Jumaat malam hingga Ahad,” kata ahli meteorologi kanan AccuWeather, Kristina Pydynowski hari ini.
Jumlah hujan yang menimpa utara Malaysia Barat dalam kejadian bencana banjir 4 November lepas antara 174.5mm (Bayan Lepas) dan 233mm (Butterworth).
Hujan lebat yang berterusan sehingga 5 November menyaksikan sebahagian besar Pulau Pinang dinaiki air dan meragut 7 nyawa dan kira-kira 2,000 orang hilang tempat tinggal.
AccuWeather menjangkakan jumlah hujan lebih tinggi di kawasan pergunungan, tetapi berkurangan di barat laut Malaysia, antara 50-100mm kerana kawasan bergunung berhampiran.
“Bagaimanapun, jumlah itu masih cukup untuk menyebabkan banjir setempat di di kawasan tanah rendah dan tidak mempunyai sistem saliran yng baik,” kata Pydynowski.
Selepas menaburkan banjir dan banjir lumpur di serata Filipina minggu lepas, Kai-Tak dijangka meneruskan perjalanan merentasi Laut China Selatan.
Selain ancaman hujan lebat, ribut tropika itu dijangka tidak akan membawa angin ribut berbahaya.