2 suspek ditahan bantu siasatan kes bunuh-gilis di JB

2 suspek ditahan bantu siasatan kes bunuh-gilis di JB

Ketua polis Johor berkata, lelaki dan wanita berumur 19 dan 22 tahun itu ditahan jam 2.30 pagi tadi.

polis-taman-pelangir
JOHOR BAHRU: Polis menahan 2 individu bagi membantu siasatan kes membunuh seorang lelaki berkaitan perselisihan kumpulan kongsi gelap, Ahad lepas.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd dalam kenyataan hari ini berkata, lelaki dan wanita berumur 19 dan 22 tahun itu ditahan jam 2.30 pagi tadi.

Dalam pada itu, beliau mengakui terdapat banyak cerita palsu, tidak benar dan tiada kaitan dengan kes bunuh itu dikeluarkan sesetengah pihak hingga menimbulkan kegusaran masyarakat.

Pada masa sama, katanya, ia mengganggu siasatan polis yang memfokuskan usaha menangkap suspek untuk dibawa ke muka pengadilan.

“Kekeliruan dan kegusaran yang ditimbulkan ini terjumlah kepada kesalahan yang boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 2 tahun atau denda atau kedua-duanya kerana membuat kenyataan yang menyebabkan ketakutan dan kegentaran awam,” katanya.

Dalam kejadian Ahad lepas, mangsa berusia lingkungan 30-an mati selepas ditikam, dilanggar dan digilis sebuah kereta oleh sekumpulan 4 lelaki di Taman Pelangi, di sini.

Kejadian berlaku ketika mangsa bersama seorang wanita warga asing berusia 20-an yang dipercayai isterinya sedang mengisi angin tayar kereta di stesen minyak, sebelum didatangi suspek yang cuba menarik mangsa masuk ke dalam kereta mereka.

Mangsa dilaporkan berjaya meloloskan diri seketika, namun dilanggar dan digilis kereta dinaiki 4 lelaki itu yang berjaya melarikan diri.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan pembunuhan itu berpunca daripada perselisihan dan perebutan antara 2 kumpulan kongsi gelap serta usaha mengesan mereka giat dijalankan.

Zahid: Kes bunuh-gilis JB akibat salah faham 2 geng kongsi gelap

Lelaki dibunuh di khalayak ramai di stesen petrol JB

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.