
Al-Arabiya melaporkan penarikan balik larangan itu dibuat kurang seminggu selepas AUC mengumumkan larangan tersebut ke atas pelajar dan kakitangan perempuannya.
Bagaimanapun, pihak universiti kini membenarkan pemakaian purdah, atau niqab, selepas sesetengah pelajar dan kakitangannya melahirkan kebimbangan universiti boleh “terjejas” disebabkan keputusan tersebut.
Orang ramai yang menentang larangan tersebut berpendapat ia melanggar dasar universiti.
Bagaimanapun, penyokong larangan tersebut mendakwa langkah itu bertujuan untuk meningkatkan keselamatan.
AUC berkata dasar dan prosedur keselamatannya akan menjamin keselamatan semua pelajar dan fakulti di kampusnya.
Pada 2016, Universiti Kaherah, universiti awam utama di Mesir, turut mengenakan larangan yang sama terhadap kakitangannya.
Ia dilaksanakan kerana purdah menghalang komunikasi secara langsung dengan pelajar.