
Dalam kejadian kira-kira 4.30 pagi itu, mangsa ,26, bagaimanapun tiba-tiba ditolak dan dipukul sekumpulan lelaki yang tidak dikenali sebaik menghampiri tunangnya.
Berikutan itu, mangsa yang cedera membuat laporan polis di balai berdekatan.
Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohamad Laham yang mengesahkan kejadian itu berkata ia dipercayai berlaku ekoran tindakan mangsa yang memalukan tunangnya di laman Facebook dengan mengatakan tunangnya ada berhutang dengannya.
Dalam masa sama, tunang mangsa pula dikatakan ada teman lelaki baharu yang tidak berpuas hati apabila mangsa mengganggu teman wanitanya dengan cara memberi mesej dalam aplikasi Whatsapp dan Facebook.
“Suspek telah dikenal pasti dan usaha mengesan mereka sedang dijalankan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera dengan jalan menggunakan senjata atau lain benda yang berbahaya,” katanya dalam kenyataan malam tadi.