
“Kerajaan sedang melaksanakan tanggungjawabnya dengan menjelaskan risiko kepada sektor hartanah. Tiada ‘bailout’ jika perniagaan bermasalah disebabkan lebih dedahan (overexposure),” katanya kepada FMT.
Salah satu langkah adalah keputusan pembekuan pembinaan hartanah mewah bernilai lebih RM1 juta. Arahan itu yang dikuatkuasakan bermula 1 November merangkumi kondominium tingkat tinggi, kompleks beli-belah dan unit komersial.
Johari berkata langkah lain termasuklah mewajibkan perniagaan menilai risiko sendiri dan menanggung akibatnya jika risiko tersebut berlaku.
“Bank akan berhati-hati dalam aktiviti pembiayaan mereka dan mungkin tidak menyediakan pembiayaan jika dedahan pasaran hartanah mewah terlalu tinggi,” he added.
Johari berkata pembekuan ke atas kelulusan kompleks beli-belah, pejabat dan kondominium mewah terikat dengan masa.
“Langkah yang diumumkan bersifat sementara dan pintas.”