Gula tradisional sambut Maulidur Rasul di Mesir naik harga

Gula tradisional sambut Maulidur Rasul di Mesir naik harga

Pembuat gula-gula Halwat El-Moulid mengadu jualan merosot kerana harga ramuan melambung dan saingan daripada patung plastik diimport dari China.

Gula-gula tradisional atau Aroset El Moulid (pengantin maulid) berbentuk anak patung dihasilkan untuk meraikan sambutan Maulidur Rasul di Mesir.
Gula-gula tradisional atau Aroset El Moulid (pengantin maulid) berbentuk anak patung dihasilkan untuk meraikan sambutan Maulidur Rasul di Mesir.
TANTA:
Gula-gula tradisional yang menjadi sebahagian sambutan Hari Keputeraan Nabi Muhammad untuk kanak-kanak di Mesir, mengalami kenaikan harga tahun ini.

Gula-gula dikenali sebagai Halwat El-Moulid yang dihiasai kertas berwarna-warni dan berbentuk pengantin perempuan, Al-Arosa serta kuda Al-Hossan daripada tradisi Islam menjadi kegemaran kanak-kanak di negara itu.

Peniaga mengadu jualan merosot beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan harga bahan mentah melambung dan saingan daripada patung plastik lebih murah yang diimport dari China.

“Kami membeli gula 3 tahun lalu pada harga E£3 atau E£4 (RM0.69 atau RM0.93). Sekarang, kami membelinya dengan harga E£9 atau E£10 (RM2.08 atau RM2.31),” kata pembuat gula-gula tersebut, Rabie Abed Rabbo, 65, di kilang kecilnya di bandar Tanta.

Harga 1kg gula-gula pengantin dan kuda tahun ini antara E£25 hingga E£75 (RM5.78 hingga RM17.35) bergantung kepada berat, saiz dan kualiti. Tahun sebelumnya, harga gula-gula itu paling tinggi sekitar E£50 (RM11.57).

Mesir menyaksikan kenaikan harga bagi komoditi sejak nilai paun Mesir merosot dengan ketara, selepas tidak ditambat dolar Amerika pada 2016.

Manisan itu diperbuat daripada gula, air dan garam lemon yang dituangkan ke dalam acuan dan dibekukan. Ia hanya dihasilkan dan dijual beberapa minggu menjelang sambutan Maulidur Rasul.

Pakar sejarah berkata, patung pengantin perempuan dan kuda itu muncul pada zaman Al-Hakim bi-Amr Allah, salah seorang pemerintah Mesir pada era Fatimid, di mana perkahwinan sering diadakan ketika sambutan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.