Jepun bantu Malaysia bersedia untuk revolusi industri, kata Najib

Jepun bantu Malaysia bersedia untuk revolusi industri, kata Najib

Beliau menekankan pelaburan semula ini menunjukkan kepercayaan dan keyakinan berterusan ke atas Malaysia sebagai tempat utama bagi syarikat menjalankan perniagaan.

najib_industri_600
KUALA LUMPUR:
Syarikat Jepun telah menyumbang kepada agenda Malaysia dalam menjana pertumbuhan mampan dan inklusif, dan pada masa sama mempersiapkan negara ke arah Revolusi Industri Ke-4 (Industri 4.0), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata Jepun berperanan penting dalam pertumbuhan Malaysia, sebagai sumber pelaburan asing sejak 1980-an dan pada September tahun ini, ia menjadi pelabur asing ke-2 terbesar selepas Singapura, dengan pelaburan bernilai AS$16.6 bilion (RM70 bilion).

“Jepun juga merupakan sumber utama pelaburan langsung asing dalam sektor perkilangan Malaysia. Pada akhir 2016, sebanyak 2,621 projek dengan penyertaan Jepun, bernilai US$27.8 bilion (RM88.5 bilion) telah dilaksanakan,” kata Najib dalam ucaptama pda Forum Perniagaan Nikkei Malaysia 2017 hari ini.

Najib berkata bagi separuh pertama tahun ini, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia meluluskan 16 projek pembuatan dengan penyertaan Jepun, bernilai RM559 juta, dengan 75% daripadanya pelaburan semula syarikat Jepun yang sudah beroperasi di negara ini.

Beliau menekankan pelaburan semula ini menunjukkan kepercayaan dan keyakinan berterusan ke atas Malaysia sebagai tempat utama bagi syarikat menjalankan perniagaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.