Ukraine mahu bekal ayam, itik ke Malaysia

Ukraine mahu bekal ayam, itik ke Malaysia

Ukraine sebelum ini sudah mengeksport gandum, tepung, kacang pis dan minyak bunga matahari ke Malaysia.

ayam-veteriner-ukraine-malaysia
PETALING JAYA: Syarikat tenusu dan ayam itik di Ukraine dilaporkan berhasrat menjadi pembekal produk mereka kepada Malaysia, selepas laporan sebelum ini mengenai rundingan dengan pihak berkuasa Indonesia untuk membekalkan bahan itu.

“Beberapa syarikat tenusu, ayam itik dan telur di Ukraine sudha pun menghantar permohonan kepada pihak berkuasa Malaysia,” kata perkhidmatan keselamatan makanan negara itu dipetik Reuters.

Ukraine adalah antara pengeluar dan pengeksport terbesar bijirin dan minyak bunga matahari, dan sebelum ini sudah mengeksport gandum, tepung, kacang pis dan minyak bunga matahari ke Malaysia.

Minggu lepas, Jakarta Post melaporkan Malaysia merancang untuk mengimport ayam dan itik dari Indonesia seawal tahun depan.

Bagaimanapun, Jabatan Perkhidmatan Veterinar menafikan laporan itu, dan berkata ia hanya disebut dalam perbincangan berkaitan isu import dan eksport produk haiwan antara jabatan itu dan Perkhidmatan Ternakan Indonesia (DGLS), tanpa sebarang keputusan muktamad.

Malaysia nafi akan import ayam, itik dari Indonesia

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.