
Ann yang berasal dari Sabah itu adalah wanita Malaysia pertama yang berlawan secara profesional pada Kejohanan MMA ONE.
Ann yang berusia 31 tahun itu membuat pengumuman itu di akaun Facebook miliknya semalam.
“Dengan hati yang berat, saya dengan rasaminya bersara daripada terlibat dalam perlawanan profesional, karier yang membawa saya ke gelanggang Kejohanan ONE selama 4 setengah tahun,” katanya.
Ann akan sertai unit perhubungan dan pembangunan atlet di organisasi itu.
“Saya gembira dan bersyukur untuk langkah besar dalam karier saya dan berharap semua akan memberi sokongan dalam perjalanan saya,” katanya.
Sebelum ini, persaraannya diumumkan oleh pengerusi dan ketua pegawai eksekutif Kejohanan ONE, Chatri Sityodtong dalam media sosial.
“Tahniah kepada Ann kerana menjadi atlet wanita profesional pertama daripada gelanggang ONE untuk bersara dan mengambil peranan eksekutif di Kejohanan ONE,” kata Sityodtong di Facebook.
Wanita berdarah campuran Dusun itu mempunyai latarbelakang kukuh dalam seni bela diri dan juga memiliki sebuah gim dan syarikat rekreasi.
Ann, atau nama sebenarnya, Nur Ain Osman, kerap diundang untuk memberi ceramah motivasi. Beliau juga menjadi model untuk beberapa jenama fesyen. Kejohanan ONE adalah pertandingan MMA yang berpangkalan di Singapura.