
Datuk Mohamed Najib Ahmad Dawa sebaliknya mendakwa, kontroversi sengaja ditimbulkan pihak tertentu demi mencari publisiti.
“Itu orang nak cari publisiti murahan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perasmian acara itu di Balai Seni Negara hari ini.
“Karya itu bertajuk ‘Under Construction’, boleh tengok di tingkat 2,” tambahnya.
Tinjauan mendapati karya berkenaan masih berada di tempatnya namun ditutup kanvas hitam.
Kakitangan yang bertanggungjawab terhadap pameran di tingkat 2 bangunan berkenaan turut mengesahkan tiada kehadiran pihak polis mahupun pihak berkuasa lain merampas karya tersebut semalam.
Menurutnya, pihaknya difahamkan artis berkenaan yang menarik diri namun beliau tidak menyatakan sebab-sebabnya.
Media semalam melaporkan sebuah kumpulan artis gabungan Malaysia dan Indonesia menarik diri daripada pameran seni Biennale Kuala Lumpur 2017 ekoran beberapa karya mereka dikeluarkan daripada pameran itu.
Difahamkan, kumpulan yang menarik diri itu ialah Pusat Sekitar Seni (PSS) dan Population Project, mewakili 5 artis Malaysia dan 2 artis Indonesia, yang bergabung menghasilkan karya instalasi bertajuk “Under Construction”.
Pameran Biennale Kuala Lumpur 2017, yang mengangkat tema “Belas”, pertama kali dianjurkan di Malaysia menghimpunkan 114 artis yang meliputi 103 artis daripada Malaysia.
Pameran berkenaan dirasmikan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz.