
Pengarah sebuah syarikat, S Sivam, baru 5 minit dalam kandang saksi memberitahu Majistret Umzarul An-Nur Umar bahawa beliau tidak mahu memberikan bukti terhadap tertuduh.
Peguam Gobind Singh Deo memaklumkan mahkamah anak guamnya berhak dibebaskan kerana keengganan Sivam memberi keterangan.
Umzarul kemudian membuang kes itu dan membebaskan Sanjeevan.
Sanjevan didakwa menipu Sivam, 53, untuk melantik beliau sebagai perunding perniagaan di Solid Transactions Sdn Bhd apabila beliau didakwa menyebabkan Sivam percaya bahawa beliau memiliki ijazah undang-undang dan perniagaan daripada Universiti Northumbria dan Universiti Camden.
Keadaan itu didakwa membawa kepada Sivam menyerahkan RM95,000 kepada Sanjeevan.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Cheras Leisure Mall, Taman Segar, Cheras, pada 1 Jun 2013.
Tahun lepas, Sanjeevan, 32, minta dibicarakan atas tuduhan itu.
Sanjeevan berkata beliau lega dengan keputusan hari ini.
“Saya gembira kerana saya bebas daripada pertuduhan. Keadilan sekali lagi terlaksana,” katanya.
Pada September, Mahkamah Sesyen membebaskan Sanjeevan daripada memfitnah bekas ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di Facebook, selepas Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar berkata pendakwa raya gagal membuktikan kes prima facie terhadap beliau.