Vingada sukar kumpul pemain penuhi kriteria

Vingada sukar kumpul pemain penuhi kriteria

Kekurangan pendedahan dalam perlawanan antarabangsa juga menyumbang kepada kegagalan merancang strategi kejayaan, kata jurulatih Harimau Malaya.

Nelo-Vingada-harimau-malaya-pemain-bola-sepak
SEPANG: Jurulatih skuad Harimau Malaya, Nelo Vingada menyifatkan kesukaran mengumpul pemain yang memenuhi kriterianya merupakan halangan utama dalam membentuk sebuah pasukan yang berjaya pada pusingan kelayakan Piala Asia 2019.

Selain itu, pengendali dari Portugal itu, berkata kekurangan pendedahan dalam perlawanan antarabangsa sebelum membuka kempen Kumpulan B pada pusingan kelayakan itu juga menyumbangkan kepada kegagalannya merancang strategi kejayaan.

Katanya, beliau terpaksa bergelut dengan pelbagai kesukaran dalam usaha membawa kejayaan kepada skuad negara pada kempen Piala Asia 2019, namun semuanya berkubur apabila tersingkir daripada pusingan kelayakan itu.

Biarpun mengharungi 7 perlawanan tanpa kemenangan sejak mengambil alih jawatan penting itu, Vingada tidak menyalahkan sesiapa malah mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap keputusan itu.

“Bagaimanapun, saya optimis skuad negara berada di landasan yang betul ke arah mencapai masa depan yang cerah,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini sebaik tiba dengan skuad negara dari Buriram, Thailand, hari ini.

Kekalahan 4-1 berturut-turut dengan Korea Utara di Thailand menjadikan Malaysia pasukan pertama tersingkir dalam Kumpulan B dengan hanya mengutip 1 mata selepas tamat 5 perlawanan.

Sebelum itu, Malaysia kalah 2-1 dengan Lubnan dan kalah 2-0 kepada Hong Kong selain seri 10-1 dengan lawan sama sebelum berdepan dengan Lubnan, Mac depan.

Dua kekalahan dalam aksi persahabatan yang diatur Ogos lalu turut mencalar reputasi negara terutamanya apabila dimalukan Myanmar 1-0 yang hanya membariskan skuad kedua selain turut tewas 2-1 kepada Syria.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.