
Lim Kit Siang mengekalkan jawatan ketua Ahli Parlimen DAP, manakala anaknya, Lim Guan Eng, mempertahankan jawatan setiausaha agung yang digalas sejak 2004.
Kit Siang sebelum ini pernah dikritik supaya melepaskan jawatan kerana dianggap terlalu lama mendominasi kepimpinan parti. Beliau memegang jawatan parti sejak 1966, bermula sebagai setiausaha organisasi.
Bekas naib pengerusi, Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, diberi kepercayaan sebagai timbalan setiausaha agung.
Jawatan pengerusi DAP kebangsaan kini digalas Ahli Parlimen Cheras Tan Kok Wai, yang memangku jawatan itu selepas kematian Karpal Singh. Anak Karpal, Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo pula diangkat daripada pengerusi biro undang-undang kepada timbalan pengerusi parti.
Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke kekal sebagai setiausaha organisasi.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua kekal sebaga setiausaha publisiti, sementara, Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari, satu-satu wakil tunggal Melayu yang terpilih ke CEC, timbalan setiausaha publisiti.
Dalam pada itu, seramai 10 orang dilantik untuk mengisi jawatan lantikan, antaranya Adun Mentakab Tengku Zulpuri Shah Raja Puji dan Adun Damansara Utama Yeo Bee Yin.
Sementara itu, P Ramasamy, yang juga timbalan ketua menteri II Pulau Pinang, digugurkan daripada jawatan timbalan setiausaha agung (lantikan).
Menerusi pemilihan kali ini beliau hanya mendapat undi 359.
Berikut ialah senarai penuh CEC DAP pasca pemilihan semula di Kongres Khas DAP 2017.
Pengerusi:
- Tan Kok Wai
Timbalan Pengerusi:
- Gobind Singh Deo
Naib Pengerusi:
- Chong Chieng Jen
- Chow Kon Yeow
- M Kulasegaran
- Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji (lantikan)
- Stephen Wong Tien Fatt (lantikan)
Setiausaha Agung:
- Lim Guan Eng
Timbalan Setiausaha Agung:
- Teresa Kok Suh Sim
- Nga Kor Ming
- V. Sivakumar
Bendahari:
- Fong Kui Lun
Timbalan Bendahari:
- Ngeh Koo Ham
Setiausaha Organisasi:
- Anthony Loke Siew Fook
Timbalan Setiausaha Organisasi:
- Thomas Su Keong Siong (lantikan)
- Khoo Poay Tiong
Setiausaha Publisiti:
- Tony Pua Kiam Wee
Timbalan Setiausaha Publisiti:
- Yeo Bee Yin (lantikan)
- Zairil Khir Johari
Pengarah Pendidikan Politik:
- Liew Chin Tong
Timbalan Pengarah Pendidikan Politik:
- 1. Dr Ong Kian Ming (lantikan)
Setiausaha Antarabangsa:
- Teo Nie Ching
Ketua Parlimen:
- Lim Kit Siang
Ahli Jawatankuasa:
- Chong Eng
- Ronnie Liu Tian Khiew(lantikan)
- Teng Chang Khim
- Jannie Lasimbang (lantikan)
- Dr John Brian Anthony (lantikan)
- Wong Kah Woh (lantikan)
- Hannah Yeoh Tseow Suan (lantikan)
Menerusi sidang media ketika pengumuman jawatankuasa tersebut, Guan Eng berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada semua perwakilan yang hadir bagi menjayakan pemilihan semula CEC pada kali ini.
Beliau berkata, dengan kejayaan pemilihan tersebut, pihaknya berharap agar Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) tidak lagi mengganggu perjalanan parti.
“Kami berharap dengan pemilihan yang berjaya ini, DAP dapat terus bekerja tanpa diganggu oleh JPPM,” katanya.
Disamping itu, Guan Eng berkata, jawatankuasa CEC yang baru dipilih tersebut memikul tanggungjawab berat atas amanah yang diberikan oleh wakil parti bagi membuat persiapan dalam menghadapi PRU14 nanti.
“Selepas ini, kita boleh tumpukan untuk fokus dalam menghadapi PRU14 nanti,” katanya.
Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan baharu, Gobind Singh Deo berkata, pemilihan beliau bagi jawatan tersebut merupakan satu tugas berat khususnya dalam menghadapi PRU14 nanti.
Beliau berkata, pihaknya berharap agar pemilihan kali ini dapat diterima oleh JPPM tanpa sebarang alasan memandangkan DAP telah mengikut semua syarat-syarat ditetapkan oleh pihak berkenaan.
“Kami harap JPPM menerima keputusan ini dan membenarkan kami teruskan usaha dan kerja lain iaitu persiapan menghadapai PRU14 akan datang,”katanya.
Pada 17 Julai lalu, DAP menerima surat daripada JPPM mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan semula CEC.
Arahan itu dikeluarkan berikutan JPPM belum menerima dan mengiktiraf pemilihan parti yang dijalankan DAP pada 15 Disember 2012 dan pemilihan semula pada 29 September 2013.
JPPM turut mengarahkan DAP menggunakan semula senarai perwakilan DAP seramai 2,576 orang pada 2012 ketika sesi pemilihan kali ini.
Pemilihan semula DAP diuruskan firma audit bebas, Grant Thornton yang bertindak sebagai pegawai pengurus pilihan raya dan pemilihan firma antarabangsa itu sudah dipersetujui JPPM.