Warna boleh tukar mood anda

Warna boleh tukar mood anda

Penting untuk kita memilih dan mengadaptasi warna tertentu supaya ia selari dengan mood dan objektif keperluan sesuatu ruang.

colour
fmt-ohsem-inside-article1Tahukah anda warna memainkan peranan penting dalam mempengaruhi psikologi dan sosiologi seseorang?

Oleh itu penting untuk kita memilih dan mengadaptasi warna tertentu supaya ia selari dengan mood dan objektif keperluan sesuatu ruang.

Misalnya di ruang makan, elak warna yang boleh menyebabkan ketegangan, di ruang tamu utamakan warna yang menggalak interaksi, ruang belajar pula kena ada warna yang membantu konsentrasi manakala di bilik tidur khususnya pasangan suami isteri, haruslah pilih tona yang romantik.

Sekiranya kita mahu memilih warna mengikut trend cuba dominasi ruang tersebut dengan kombinasi warna yang sesuai.

FMT Ohsem mengimbas setiap warna utama, kesesuaiannya dengan ruang pilihan dan bagaimana ia mampu mempengaruhi seseorang.

Merah

Warna yang memberi tenaga. Merah adalah warna yang mendalam dan boleh meningkatkan adrenalin anda. Merah boleh mengumpulkan orang dan menstimulasi perbincangan yang rancak. Ia juga terkenal untuk membuatkan seseorang berselera. Cuba lihat kebanyakan rangkaian makanan segera, mereka akan menggunakan warna merah kerana ia boleh mengumpulkan lebih ramai pelanggan dan meningkatkan selera anda sekali gus “menaikkan pasaran” mereka.

Kontranya, merah juga boleh meningkatkan tekanan darah dan mempercepatkan respiratori serta denyutan jantung. Jadi hati-hatilah.

Ruangan: Ruang makan, ruang tamu dan bilik tidur

red
Kuning

Kuning adalah warna keceriaan dan komunikasi yang menggembirakan. Ia adalah warna pilihan yang baik untuk dapur, bilik makan dan tandas, di mana ia memberi tenaga untuk merangsang anda. Kuning juga dikaitkan dengan warna emosi yang sesuai digunakan dalam keadaan anda kena menumpu perhatian atau konsentrasi, misalnya sedang belajar. Sama seperti matahari yang memberi tenaga kepada bumi, warna kuning juga memberi inspirasi yang serupa.

Kontranya warna kuning juga boleh menyebabkan anda menjadi seorang yang tidak dapat mengawal emosi, kemarahan dan tekanan. Elak gunakan warna ini di bilik kanak-kanak atau bayi.

Ruangan: Dapur, ruang makan, tandas, ruang belajar

yellow

Biru

Biru adalah warna yang menenangkan dan warna komunikasi. Ia memperlahankan respiratori serta denyutan jantung. Warna ini selalu sahaja dikaitkan dengan ketenangan dan relaks. Samalah seperti berehat menghadap tasik biru yang tenang atau pantai yang mengasyikkan. Biru pastel juga memberi rasa sejuk dan nyaman.

Kontranya biru yang lebih pekat juga warna yang menyedihkan dan menyebabkan kita terkesan dengan emosi negatif.

Ruangan: Ruang tamu besar, ruang keluarga dan ruang makan. Pejabat berkaitan jualan dan pemasaran juga digalak menggunakan warna biru pastel.

blue
Hijau

Hijau, warna yang baik untuk kesihatan mata. Gabungkan dengan warna ceria seperti kuning, ia akan memberi kesempurnaan yang anda cari. Sesuai untuk hampir semua ruangan, persekitaran hijau mententeramkan dan memberi ketenangan holistik. Hijau juga sering dikaitkan sebagai warna kesuburan dan memberi rasa relaks kepada mereka yang sering berdepan tekanan.

Kontranya, terlalu banyak hijau boleh melemahkan atau memualkan. Hijau juga dikaitkan dengan warna yang tamak. Jadi apa pun biarlah secara terkawal.

Ruangan: Hampir semua ruangan dalam rumah.

green
Ungu

Tahukah anda ungu dikatakan warna paling seksi dan spiritual? Warna ungu yang pekat bersifat kaya, dramatik dan kreatif. Manakala ungu lembut pula memberi rasa rehat yang lebih sensual. Warna ungu juga dikatakan mampu menggoda dan menawan seseorang. Kalau mahu ‘dating’ pertama anda menjadi, pakailah baju berwarna ungu atau bawa teman ke ruang yang dicat dengan warna tersebut.

Kontranya, warna ini juga sama seperti biru boleh membawa elemen kemurungan jika keterlaluan.

Ruangan: Bilik tidur pasangan, bilik sembahyang, ruang tamu, ruang belajar

purple
Oren

Warna yang membangkitkan keghairahan dan rangsangan. Ia adalah warna yang penuh tenaga. Warna ini juga boleh merancakkan anda dan menjadikan anda aktif.

Kontranya, elakkan warna tersebut jika anda mempunyai anak-anak atau ahli keluarga yang hiper aktif. Ia boleh membuatkan mereka lebih “nakal”. Elakkan juga dibilik yang anda perlukan ketenangan dan konsentrasi.

Ruangan: Di bilik anak yang introvert atau sangat pendiam, ruang keluarga, ruang senam, spa, pejabat berkaitan idea-idea aktif dan kreatif.

orange
Hitam, Putih, Kelabu dan Perang

Adalah warna-warna dekorasi yang asas di kenali sebagai warna neutral. Bagaimanapun ia sudah pudar dari trend semasa kecuali diselarikan dengan kombinasi lain. Serasikan warna-warna neutral ini dengan baik bersama warna lain bagi mendapatkan pandangan yang lebih “lively”.

Hitam misalnya memberi kedalaman dalam sesuatu ruang. Gunakannya secara minimal.

Perang ialah warna yang boleh menjengkelkan. Ia membangkitkan perasaan dan ketidakselesaan. Sebolehnya elakkan warna ini dalam bilik tidur atau bilik pejabat di mana anda mahukan persekitaran yang positif.

Kelabu adalah warna yang murung, negatif, kompleks dalam masa yang sama sofistikated dan rasmi. Oleh itu gunakan juga bila perlu secara minimal. Warna ini boleh memberi rasa tidak senang dan tidak sempurna. Elakkan menggunakannya di pejabat. Takkan anda mahu duduk buat kerja di pejabat yang tidak menyenangkan anda bukan?

Lihat sekeliling dan nilaikan sendiri warna cat dinding anda. Mungkin masa untuk menukar warna cat di ruangan tertentu di rumah mahupun pejabat!
red-white

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.