

Menurut laman Step Feed, seorang isteri yang baru sahaja berkahwin 2 minggu mengambil keputusan menceraikan suami selepas tidak tahan dengan perangai lelaki itu.
Lelaki itu dikatakan asyik melakukan kerja rumah, langsung tidak membenarkan isterinya membuat apa-apa, sekali gus digelar suri rumah oleh pasangannya.
Menurut laporan Masrawy, wanita itu, Maha M, 28, memfailkan perceraian di mahkamah keluarga di Mesir selepas suaminya, Mohammad S tidak membenarkannya membuat apa-apa di rumah.
“Kami baru berkahwin 2 minggu yang lalu. Ya, saya kenal dia sejak 2 tahun tetapi saya tidak suka tinggal bersamanya lagi. Saya sudah tidak tahan dengan tindak-tanduknya,” kata Maha.
“Suami saya seorang suri rumah. Dia tidak membenarkan saya menyentuh apa-apa di rumah. Masak, bersihkan rumah dan semua kerja rumah dikawal olehnya dan saya seperti tidak boleh berkata apa-apa termasuk di mana set televisyen patut dipasang.”
Walaupun menguruskan perniagaan sendiri, suaminya melakukan kerja pejabat menggunakan khidmat kakitangan, mengarah dari rumah sahaja.
“Saya hanya duduk dan melihat,” kata Maha.
Makahmah sedang meneliti kes tersebut sementara ia sedang viral di laman sosial.
Ketika Maha berkongsi perkara ini kepada keluarga mentuanya, mereka terkejut. Mohammad tidak pernah melakukan apa-apa kerja rumah ketika bersama mereka.
“Jadi bila saya berbincang dengannya, dia suruh saya ikut peraturan dia jika mahu tinggal di rumah itu,” jelas Maha.
Netizen yang mengikuti kes tersebut terbahagi kepada 2 kelompok, penyokong si suami dan penyokong si isteri.
“Saya harap kamu akan berkahwin dengan seseorang yang langsung tidak akan membantu membuat kerja di rumah.”
“Saya harap semua lelaki seperti suami kamu. Bukankah lebih baik apabila suami anda melakukan segalanya berbanding tidak melakuka apa-apa?”
“Adakah lelaki ini dibuat atau diimport di Mesir?”
“Boleh pinjamkan kepada saya beberapa hari? Saya perlukan bantuannya untuk membersihkan rumah.”
Ramai juga yang menyokong wanita itu.
“Keseimbangan adalah kunci segala-galanya.”
“Mungkin suami anda berdepan masalah OCD.”
Apapun, netizen tunggu keputusan mahkamah sama ada membenarkan mereka hidup bersama dengan sesi kaunseling atau meluluskan permintaan perceraian.