
Exco Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang V Ganabatirau berkata isu pertindihan maklumat diri penerima itu sedang pihak berkuasa.
“Saya difahamkan melalui Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Kuala Selangor, bahawa tidak dinafikan berlaku pertindihan kad pegenalan apabila penerima menyerahkan borang 5A.
“PTD Kuala Selangor mengakui berlaku pertindihan dan mereka sedang menyiasat memandangkan keluarga yang memgusahakan tapak agak lama dan melibatkan beberapa generasi disitu,” katanya pada sesi penggulungan di Dewan Negeri Selangor hari ini.
Semalam menerusi Sidang media Adun Permatang Datuk Sulaiman Abdul Razak mendakwa kerajaan Selangor pimpinan Datuk Seri Azmin Ali memberi tanah kepada kroni menggunakan maklumat palsu.
Berdasarkan risikan yang dibuat pihaknya, beliau mendakwa seramai 18 penerima tanah kawasan Sungai Yu di DUN Permatang diberikan oleh kerajaan negeri menggunakan kad pengenalan palsu.
Beliau turut mendakwa kerajaan negeri memberi tanah tersebut kepada kroni sehingga mereka yang tidak berkelayakkan turut menerima inisiatif tersebut termasuklah yang bekerjaya doktor dan guru.
Ganabatirau menjelaskan tanah diberi kepada penerima berkenaan kerana tanah itu diteroka mereka.
“Saya juga diberitahu sebab Permatang asyik kata tanah diberi kepada doktor. Saya beritahu sebab ada 3 generasi yang bertapak disitu, maka pengusaha asal dikecualikan syarat,” katanya merujuk kepada syarat kelayakan penerima bergaji RM2,000 ke bawah.
“Bagaimanapun saya kan merujuk perkara itu kepada penasihat undang-undang negeri,” katanya.
Sementara itu, Ganabatirau memaklumkan beliau sudah memfailkan saman di mahkamah berhubung dakwaan kerajaan negeri memberi tanah kepada kroni dan ia dalam proses penentuan tarikh perbicaraan.