
Jusuf, yang berketurunan Bugis, terkejut apabila mendapat tahu pengerusi Pakatan Harapan itu mengeluarkan kenyataan “lanun Bugis” semasa membidas seteru politiknya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Saya protes dan terkejut. Maka, Mahathir harus minta maaf. Kerana orang Bugis itu bukan hanya ada di Sulawesi Selatan, tapi di seluruh Indonesia, bahkan di Malaysia,” katanya lapor agensi berita Antara.
Jusuf berkata Dr Mahathir tidak patut melontarkan kata-kata seperti itu dalam ceramahnya. Beliau menggesa bekas perdana menteri itu menyesali tindakannya menyinggung perasaan masyarakat Bugis.
“Mahathir harus meralat, jangan dihubung-hubungkan (soal suku),” katanya.
Dr Mahathir di tunjuk perasaan Sayangi Malaysia – Hapuskan Kleptokrasi di Padang Timur bukan lepas membidas Najib sebagai “keturunan lanun Bugis”. Beliau dikatakan menggunakan gelaran itu bagi menyedarkan masyarakat kepada tindak tanduk Najib, yang terpalit dakwaan salah guna kuasa dan rasuah, menggelar diri “pahlawan Bugis”.
Tindakan bekas perdana itu bagaimanapun mengundang bantahan daripada Persatuan Perpaduan Rumpus Bugis Melayu Malaysia, dan Persatuan Bugis Johor yang membuat laporan berhubung perkara itu.
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu kenyataan berkata, setelah berbincang dengan para ahli Dewan di-Raja Selangor, memandang serius, murka dan amat kecewa dengan petikan ucapan pengerusi Pakatan Harapan itu yang dilihat cuba menghasut rakyat untuk membenci, menghina dan memandang serong terhadap bangsa Bugis.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata polis akan menyiasat kenyataan Dr Mahathir itu. Peguamnya, Hanif Khatri Abdulla berkata anak guamnya sudah menjelaskan gelaran itu ditujukan kepada Najib dan bukan masyarakat berketurunan Bugis.