
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata syarikat tersebut menggunakan tenaga buruh secara intensif.
Menurutnya, antara sebab penutupan operasi mereka ialah keadaan pasaran yang lemah, kemunculan teknologi baharu, peningkatan kos pengeluaran, di samping masalah bekalan bahan mentah.
Mustapa turut berkata banyak syarikat yang terbabit melalui penstrukturan semula.
Beliau bagaimanapun berkata Malaysia masih menerima pelaburan langsung asing bernilai dan berteknologi tinggi.
“Pelaburan langsung asing tersebut termasuklah Lotte Chemichal Titan (M) Sdn Bhd, Biocon Sdn Bhd, Roberst Bosch (Malaysia) Sdn Bhd dan B.Braun Medical Industries Sdn Bhd,” katanya secara bertulis kepada Ahli Parlimen Bukit Bintang (DAP) Fong Kui Lun.
Mustapa berkata, jumlah pelaburan asing yang diluluskan bagi sektor perkilangan dari tahun 2013 hingga 2016 adalah sebanyak 1,598 projek dengan nilai RM119.5 bilion.
Daripada jumlah itu, sebanyak 705 projek merupakan projek baharu bernilai RM64.3 bilion manakala 893 projek merupakan projek pengembangan dan kepelbagaian projek sedia ada bernilai RM55.2 bilion.