
Ini sehinggakan para netizen ‘mereka semula’ tas tangan tersebut dengan menggunakan bungkusan Indomie Goreng sebenar dan memuatnaiknya di Instagram.
Di samping sindiran itu, ramai juga tertanya-tanya mengenai pereka sebenar tas tangan tersebut.

Mariko Tampi Budiman, seorang ibu bekerja yang menyukai kerja kraf tangan khususnya menjahit dan kini mengembangkan label fesyen sendiri, Kea.
Dalam laporan Wolipop, Mariko menyatakan beliau sedikit pun tidak menyangka tas tangan Indomie Goreng yang ditenun itu menjadi viral dan popular dalam kalangan netizen.
“Sebenarnya tas ini sudah lama dijahit, beberapa bulan pada tahun yang dahulu. Tetapi digunakan pada minggu fesyen baru-baru ini,” kata Mariko.

Wanita yang bertugas sebagai perunding kewangan sepenuh masa mengakui terharu dengan sambutan luar biasa netizen yang turut menyokongnya untuk tampil dengan pelbagai rekaan tas tangan lain.
“Saya tidak menyangka terhadap penerimaan luar biasa ini. Semuanya berlaku secara tiba-tiba tanpa dirancang. Apa pun saya bersyukur kepada Tuhan,” tambah Mariko yang menjahitnya sekadar hobi.
Kini Mariko menerima pelbagai tempahan, kebanyakannya tas tangan Indomie Goreng yang sama seperti digunakan oleh Nindy serta beberapa pilihan model bungkusan yang lain.

“Untuk tas tangan Indomie, ia mengambil masa 15 hingga 20 jam kerana ia buatan tangan sepenuhnya. Jadi kalau mahu tempah, kena tunggu sekurang-kurangnya 3 bulan,” pesan Mariko.
Tidak dinafikan produk dihasilkan wanita ini berkualiti baik memandangkan dia seorang yang sangat ‘terperinci’.
Tas tangan Indomie Goreng diperbuat daripada kain linen, dihiasi manik-manik berwarna.
“Indomie adalah makanan kegemaran rakyat Indonesia dan sesuai dengan citarasa kita. Jadi saya ingin hasilkan produk yang menampilkan sesuatu ciri khas Indonesia tapi secara kemas menggunakan kaedah moden dan unik,” jelasnya lagi.