Bung Moktar: Kerajaan BN tak tindas, susahkan rakyat

Bung Moktar: Kerajaan BN tak tindas, susahkan rakyat

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu yakin pemimpin BN akan melakukan transformasi ke arah lebih baik dan berkesan serta memberi impak besar terhadap kehidupan rakyat, jika diberi mandat pada PRU akan datang.

Bung-Moktar_bn_600newa
PETALING JAYA:
Seorang ahli Majlis Tertinggi Umno menyifatkan dakwaan ketua umum Pakatan Harapan yang Barisan Nasional akan menaikkan kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta memperkenalkan cukai baru, jika memenangi pilihan raya akan datang sekadar propaganda politik.

Datuk Bung Moktar Radin berkata, BN bukan kerajaan yang suka menindas dan menyusahkan rakyat.

“Saya yakin apabila BN diberi mandat untuk (penggal) seterusnya sudah pasti pemimpin-pemimpin BN akan melakukan transformasi ke arah lebih baik dan berkesan serta memberi impak besar terhadap kehidupan rakyat,” katanya kepada FMT baru-baru ini.

Jumaat lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, Bajet 2018 yang dibentangkan pada 27 Oktober lalu gagal menunjukkan sumber pendapatan kerajaan untuk melaksanakan perbelanjaan yang diumumkan, dan beliau menjangkakan beban itu akan ditanggung rakyat melalui kenaikan GST dan cukai baru.

“Maka, hanya ada satu penjelasan untuk hal ini; cukai-cukai baru atau peningkatan dan perluasan GST akan dikenakan ke atas rakyat,” katanya dalam kenyataan dari penjara melalui peguamnya.

Mengulas lanjut, Bung yang juga ahli Parlimen Kinabatangan berkata, bentuk ekonomi dunia akan berubah pada tahun akan datang.

“Justeru, kalau kerajaan tidak memainkan peranan untuk menyediakan satu bentuk ekonomi yang mampan, Malaysia akan berdepan krisis ekonomi berpanjangan,” katanya.

Anwar beri amaran: Bersedia cukai baharu

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.