Zahid: Kesan fitnah beri RM90 juta kepada PAS ‘merosakkan’

Zahid: Kesan fitnah beri RM90 juta kepada PAS ‘merosakkan’

Kesan dakwaan pembangkang Umno memberikan dana RM90 juta kepada pimpinan PAS memberikan kerosakan besar daribsegi persepsi, kata Zahid.

ahmad-zahid-hamidi-sarawak-report
KUALA LUMPUR: Timbalan perdana menteri hari ini menyalahkan kegagalan tentera siber Umno menangkis fitnah membabitkan Presidennya, Datuk Seri Najib Razak didakwa memberi RM90 juta kepada pemimpin tertinggi PAS, sebagai punca berlaku kerosakan lebih besar.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, tentera siber Umno sepatutnya segera menjalankan kajian untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih parah, sebaik sahaja pembangkang melemparkan dakwaan itu.

Beliau berkata, persepsi masyarakat terhadap dakwaan itu memberi kesan besar kepada Umno.

“Kita lihat apa yang berlaku di hadapan kita, di mana budaya jelik dan buruk untuk mewujudkan ‘fake news’ seolah-olah diterima sebaiknya.

“Apabila Sarawak Report disaman di mahkamah UK, barulah keadaan jadi begini (Datuk S) Ambiga tidak mahu bercakap.

“Perkara ini sepatutnya diselidiki kita ketika berita itu timbul, bukan bila kes dibawa ke mahkamah…kesan persepsi itu sangat merosakkan,” katanya ketika merasmikan Konvensyen Media Sosial Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra, hari ini.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tinggi London, pada 21 April lalu, terhadap satu artikel Sarawak Report pada 6 Ogos 2016 yang mendakwa RM90 juta dimasukkan ke akaun pemimpin atasan PAS sebagai usaha perdana menteri “menarik” kepimpinan parti Islam itu menyokong Barisan Nasional dan Umno.

Ahad lalu, media melaporkan Clare dalam tuntutan balas terhadap saman Hadi mendakwa beliau dan Ambiga ada bercakap mengenai Najib, 1MDB dan PAS pada Julai 2016.

“Ambiga memberitahu defendan sumbernya yang dikatakan boleh dipercayai, menganggarkan jumlah yang dibayar itu sekitar RM90 juta,” kata Clare dalam afidavitnya bertarikh 11 Oktober lalu.

Clare dalam pembelaannya menyenaraikan sekurang-kurangnya 10 pegawai PAS dari kumpulan ulama yang didakwa menerima wang daripada dana disyaki 1MDB.

Wanita itu turut mendakwa Hadi berpakat dengan Najib atau ejennya untuk mengeksploitasi prosiding mahkamah di London dalam usaha melepaskan perdana menteri.

Beliau dilaporkan berkata, Hadi memfailkan saman itu bukan untuk melindungi imej sendiri, sebaliknya untuk melindungi reputasi dan tujuan politik PAS serta sekutu politiknya, Najib.

Ambiga perlu bersihkan nama dari dakwaan Clare, kata PAS

Clare dakwa Hadi, Najib pakat eksploitasi prosiding kes di London

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.