
Majistret Mohd Azali Ibrahim menetapkan tarikh itu bagi menunggu laporan kimia.
Mus Mulyadye Mohammad, 41, Mohammad Aizuddin Dzali, 31 dan Nur Amirul Aiman Noor Azam, 22, masing-masing mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Mohd Azali hari ini.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama memiliki air ketum yang isipadunya dianggarkan 250mm di halaman sebuah rumah, di Taman Medan pada 8.00 malam, 27 Oktober lepas.
Ketiga-tiga mereka didakwa mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 30(5) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara maksimum 4 tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Abu Arsalnaa Zainal Abidin menawarkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh bagaimanapun, ketiga-tiga tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah.
Mahkamah membenarkan kesemua tertuduh masing-masing diikat jamin RM1,800 dengan seorang penjamin.