Polis: ‘Datuk Seri’ pukul 3 Rela berusia 29 tahun

Polis: ‘Datuk Seri’ pukul 3 Rela berusia 29 tahun

Polis meminta ‘Datuk Seri’ yang didakwa memukul 3 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia di sebuah tokong di Jalan Ampang kelmarin supaya tampil menyerah diri bagi membantu siasatan.

SAC-Fadzil-Ahmat
KUALA LUMPUR: Polis meminta seorang lelaki dipercayai bergelar ‘Datuk Seri’ yang didakwa memukul 3 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di sebuah tokong di Jalan Ampang di sini kelmarin supaya tampil menyerah diri bagi membantu siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata pihaknya sudah mengenal pasti suspek berusia 29 tahun itu.

“Kami minta lelaki itu serah diri bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi itu, 3 anggota Rela iaitu Melvin Cheong Mun Khai, 19, Lee Weng Poh, 27, dan Leong Jiun Jie, 21, masing-masing mengalami kecederaan di kepala, mata dan perut selepas mendakwa dipukul dan ditendang lelaki itu.

Kejadian dikatakan bermula apabila mereka meminta suspek mengalihkan kenderaan Toyota Vellfire milik suspek yang menganggu lalu lintas, namun dia enggan berbuat demikian.

Zahid arah ‘Datuk Seri’ serang anggota Rela serah diri

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.