Kelajuan pemain Borneo FC gemparkan dunia bola sepak

Kelajuan pemain Borneo FC gemparkan dunia bola sepak

Terens menjaringkan gol luar biasa dengan berlari mengejar bola dari kawasan tengah kawasan pertahanan Borneo FC hingga garis pertahanan lawannya, Mitra Kukar.

Owang-Puhiri4
fmt-ohsem-inside-article1Pemain kelab Winger Borneo FC, Terens Owang Puhiri mencuri perhatian bola sepak dunia selepas menjaringkan gol ketika perlawanan Liga 1 pada hari Isnin lalu.

Aksi Terens ketika berlari dari pertahanan Borneo FC berjaya menarik perhatian media antarabangsa dan penonton.

Bagaimanapun Terens langsung tidak menyangka dia akan menjadi perhatian media asing kerana dia hanya kerana mahu menjaringkan gol kemenangan Borneo FC.

“Pertama sekali, saya sangat bersyukur kepada Tuhan, tanpa Tuhan dan rakan-rakan di lapangan ini, saya tidak mungkin boleh menjaringkan gol ini,” kata Terens seperti dipetik portal Antara.

Terens berkata dia menyampaikan pencapaiannya itu kepada keluarga tercinta di Jayapura, Papua.

“Saya ingin menyampaikan kejayaan ini kepada keluarga saya di Jayapura, para penyokong Borneo FC dan seluruh masyarakat Raub. Saya mohon doa dan sokongan supaya terus bermain dengan lebih baik lagi,” ujarnya.

Dalam pertandingan itu Terens menjaringkan gol luar biasa dengan berlari mengejar bola dari kawasan tengah kawasan pertahanan Borneo FC hingga garis pertahanan lawannya, Mitra Kukar.

Terens beberapa kali mengacah pemain pertahanan tengah iaitu Saepulloh Maulana dan penjaga gol, Gerri Mandagi sebelum menjaringkan gol.

Permainan dimenangi pasukan Borneo FC dengan mata 4-0.

Media Brazil, Globoesporte memuji aksi Terens dan menyamakan kelajuannya dengan Usain Bolt dan pemain Manchester City, Leroy Sane.

Manakala akhbar sukan utama Sepanyol, Marca pula menganggap jaringan gol Terens sesuatu yang luar biasa dengan memberi kredit khas kepada kelajuannya.

Dalam pada itu, portal Daily Mail pula mengiktiraf Terens sebagai pemain bola terpantas di dunia.

“Memandangkan kurangnya teknologi di bola sepak Indonesia, kita tidak dapat mengukur kelajuan sebenar Terens. Namun, video ini menunjukkan seolah-olah dia mengalahkan kelajuan Leroy Sane,” petik Daily Mail.

https://www.youtube.com/watch?v=_Yizid4N_Vs

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.