
Keluarga Yuan ditemui semasa Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) melawat kediaman mereka hari ini bagi memberi dana untuk perbelanjaan pengebumian dan sumbangan lain.
Yuan, 27, adalah penyelia tapak pembinaan ketika tanah runtuh berlaku dan membawa bertan-tan tanah menimpa tapak pembinaan projek kondominium di Tanjung Bungah pada Sabtu. Sepuluh mangsa lain, semua warga asing, terkorban dalam tragedi itu.
Seorang ahli keluarga yang enggan dinamakan memberitahu pemberita mereka berharap suruhanjaya siasatan akan dapat menentukan siapa yang bertanggungjawab ke atas kejadian yang mengorbankan Yuan.
Pengebumian Yuan akan diadakan di tanah perkuburan Batu Gantong 11.00 pagi esok.
Sebelum ini, wakil Perkeso, Shaharuddin Waled menyerahkan RM2,000 kepada ibu Yuan, Yeow Chooi Keng, 60.
Shaharuddin berkata ibu bapa Yuan akan menerima lagi RM1,062.
Kerajaan Pulau Pinang mengumumkan penubuhan sebuah suruhanjaya yang akan menyiasat tragedi itu.
SCI itu akan menentukan sebab runtuhan tapak pembinaan sementara itu.