Kenapa larang pesta arak kalau dihidang dalam penerbangan, soal Amanah

Kenapa larang pesta arak kalau dihidang dalam penerbangan, soal Amanah

Khalid Samad berkata Malaysia Airlines menghidangkan arak secara percuma dan mereka yang menghidangkannya adalah orang Islam.

khalid-samad-beerfest-oktober-1
KUALA LUMPUR:
Seorang pemimpin Amanah mencadangkan masyarakat umum mengalih perhatian darpada pesta arak kepada hidangan arak dalam penerbangan Malaysia Airlines.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata daripada menyerang pesta arak, lebih wajar bercakap mengenai Malaysia Airlines yang menghidangkan arak tanpa mengenakan bayaran dalam penerbangan.

“Tiada bir percuma di festival itu dan orang ramai perlu membayar harga yang tinggi untuknya. Sekiranya anda ingin membuat isu, lebih baik bercakap tentang Malaysia Airlines yang menghidangkan arak secara percuma.

“Kenapa anda bercakap mengenai festival bir yang tidak melibatkan umat Islam? Malaysia Airlines menghidangkan arak secara percuma dan mereka yang menghidangkannya adalah orang Islam.

“Dalam penerbangan antarabangsa, anda boleh mendapatkan whisky, vodka, brandy dan pelbagai lagi secara percuma,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Warga Emas Swasta 2017.

Khalid berkata beliau tidak menyokong festival itu tetapi mempertahankan hak orang bukan Islam untuk meraikannya.

“Apabila kita bercakap mengenai festival bir Malaysia, ini tidak bermakna mereka yang hadir adalah ganas seperti pesta arak Mardi Gras yang diadakan di Brazil.

“Penganjurannya di sini dikawal dan biasanya diadakan secara tertutup dan hanya disertai bukan Islam.

“Mereka mempunyai prasangka mengenai festival ini yang ditanam ke dalam kepala mereka.

“Izinkan saya mengingatkan anda bahawa mereka memandu ke festival itu dan memandu pulang,” katanya, dan berkata hak bukan Islam tidak boleh dipersoalkan oleh orang Islam kerana tidak melibatkan mereka.

“The Better Beer Festival 2017” dijadual diadakan pada 6 dan 7 Oktober lalu di pusat membeli-belah Publika di Solaris Dutamas tetapi dibatalkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Ia sepatutnya menampilkan 250 jenis bir berlainan dari 43 kilang bir di seluruh dunia.

Festival itu pernah berlangsung pada 2012 di Taps Beer Bar di Changkat Bukit Bintang. Pada Oktober tahun lepas, lebih 3,500 pencinta bir menghadiri acara itu di Publika.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.